Wednesday, November 11, 2009

Sambal Tumis CP


Salam...
Hmmmm...lama dah tak menulis, bukan tak de masa tapi malas. Kalau dah malas tu....tak dapek le nak nolongnye...

Semalam CP bawak sambal ayam ke opis. Seketul ayam CP jual RM2...2 hinggit jek, itu pun kawan2 mintak masakkan sebab selalu makan nasi lemak atau mee tak de lauk. So semalam CP pun bawak la gi opis. Atas bekas tipuware tu CP tulis la seketul ayam 2 hinggit jek. Mahal ke? Kat luar mana nak dpt harga tu, dah le sedap , home made lagi. Siap tulis kat tipuware CP tu..."AGAK2 LA KALAU NAK UNTUNG" Sabar je la CP tengok. Dia hingat CP ni kaya ke pe takat jual sambal ayam 10 ketul tu???!!!! DENGI, BUSUK HATI. Kalau dah tak nak beli tu, tak yah le beli..kan tak baik tulis mcm tu. Bila org lain baca, org lain pun tak maw beli.

Hari ni CP bawak pulak sambal sotong. Sekor sotong tu CP jual 2 hinggit gak, sotong beso taw...then masing2 pakat tak maw beli. Sian CPkan...kalau tak de org tanyer dah ada pakat2 tak maw beli. Siap kata mahal la, berkira la ngan kawan2. Aiiii...!!!! selama2 ni yg CP jamu depa ..time kasih pun idok. Bukan la nak ngungkit, tapi sakit gak la ati ni...!!!! Lepas tu bila CP kata, makan jek le...tak yah bayo...hmmmm..mmg dasar tak tau malu, makan la pulak. So..jangan harap CP nak bawak lg, bagi makan free pun CP tak mau bawak sokmo. Nak jadik kedukut sikit..hhhuuuuaaaaaahhahahhhah...Padan muka korang, tak dapek le lagi nak meraso masakkan CP..padan gak muka CP tak leh nak bersodekah....mmmuuuuaahahahahhahah...

Manusia ni mcm2 kan...dah nak buat cam ner kan....lantak le. Niat CP nak tolong, tapi kalau org pandang sebelah mata...biarlah buat pe nak layan sgt . CP mcm ni jugak - Tak Hidup Dipuji Tak Mati Dikeji

p/s - kempunan le korang nak makan sambal tumis CP



Saturday, September 12, 2009

Skandal II

"Kenapa dengan pipi U ni Maz??" "Lebam.!!.bengkak.!!.U kene tampar iye??" "Bagi tau I Maz..siapa yang berani tampar U nih???!!" Marah betul Zailan melihat lebam-lebam dimuka Mazlinda. "Bagi tau I Maz..siapa yang tampar muka U ni???"

"Nasir yang tampar..." Jawab Maz lemah. "Dia dah tau hubungan kita ni...dia dah tau segala-galanya..Dia pun dah 3 hari tak balik rumah, tak tau ke mana dia menghilang. I betul-betul bingung Lan, tak tau nak buat apa. Tak tau sama ada I nak cari dia atau tidak..pun tak tau juga nak cari dia di mana" Terang Mazlinda. " Dia ada hubungi U, atau U ada hubungi dia tak?" Tanya Zailan "Tapi...macammana dia boleh tau hubungan kita ni Maz?" Zailan bertanya kebingungan, mengerut-ngerutkan dahinya yang luas itu.

"Tah la...itu I tak tau, dia tak de cakap apa-apa. Lan...I buntu la, buntun fikirkan semua nih...eeeeeeeeee..beserabut la kepala otak I nih!!!" Maz menggaru-garu kepalanya yang tak gatal itu." Lan..I dah nekad untuk bercerai dengan Nasir. Kita kawin yea?" Ujur Maz. "Apa..??!! kawin..??!!!" Zailan tergamam dengan soalan yang dilemparkan kepadanya. "Maz..U tau kan..dari dulu I dah kata, yang I takkan madukan isteri I.." Lembut Zailan menjawab "I boleh berikan U kasih sayang I, segala kemewahan..tapi I dah beritahu U yang I takkan berkahwin dengan U..Maz.." Terang Zailan bersahaja.

Hampir meraung Mazlinda mendengar penjelasan Zailan itu. Semuanya kelihatan gelap, bagai hilang arah tuju. Apa yang mampu ketika itu, hanyalah tangisan penyesalan. "Sampai hati U Lan....Lan...tolong la I, U tak kesian kat I ker..??? Kita kawin yea sayang?? Bukan ke kita saling menyayangi, saling mencintai??" Rayu Maz kepada Zailan. "Maz...I memang sayangkan U, I memang cintakan U. Tapi sayang...I takkan mampu menduakan isteri I. Maz...I akan tetap sayangkan U, kasih I pada U takkan mungkin berubah, tapi Maz...I tak boleh menikahi U. U boleh datang pada I bila-bila U suka, U boleh cari I bila U ada masaalah...bila-bila saja I akan ada untuk U..." Perlahan Zailan membelai rambut Mazlinda. "Tapi sampai bila Lan...sampai bila kita nak teruskan hubungan yang tiada kesudahannya ini??? I bukan anak patung la Lan..!!" Marah Maz, kecewa dengan keputusan Zailan itu. " I ni memang bodohkan..ada suami baik, ada anak2 yang comel, tapi tergila-gilakan laki orang. I ambil risiko yang besar bila menjalinkan hubungan dengan U Lan..tapi ini balasan U untuk semua pengorbanan I selama ini. Sampai hati U Lan....sampai hati U..." Mazlinda berlari meninggalkan Zailan yang duduk membatu.

p/s - CP makin merapu mayang kepunden :D

Sunday, August 16, 2009

Pose Maut X Maahad 83-87

Wehhh laaaa... CP tak habeh lagi citer pertemuan dan perjumpaan tadi nih. Kali ni biarkan gambar2 ni yang berbicara...che wahhhh..CP citer lelebih korang tak caya. Sesapa yang nakkan gambo2 nih, leh kontak CP, free jer..


nun yg hujung baju merah purple tu Rizal - muka dia sama je mcm dulu eh

CP, Noli dgn anak dia no2 n Ani (mem Hisham)

sempat gak si Salahudin tu ngorat si Juan

dari kiri Shahrom, Shahrin n Mukhsin

2 Pullet - Azmi n Paez dan yg sorang lagi tu Nor Azzuddin (Daeng)

tak nampak pun keboroian ko tu Rin n ko Sin tetap cool

c Ani tu tengah buat report kat Hisyam la tu

ni le Ketua Kelas kita orang dulu - Salahudin

lauk ko tu tak cukup masin lagi ke Arafat??

hihihi..ni le Hafizah Hamdan (Jott) mangsa 2 Pullet

4 bujang 3 bertukar2 no tel

p/s-hope lps ni lebih ramai lg akan join ;)

Hari Yang Dinantikan - Reunion X Maahad (B) 83-87

Salam untuk semua..

Huh..!!! akhirnya tanpa perancangan yang rapi kita orang jumpa juga ditempat yang dijanjikan. Hmmmm..mana nak sangka 13 orang yang datang, not bad haaaa...Kalau tak jadi pun CP tetap date gak ngan si Karim tu, jangan jelezzzz...hahahah..

Tepat jam 11.15 Hafizah Hamdan (Pijot) sampai dulu. Dengan sukarelanya dia menyusun meja di kopitiam tu..tq Jott..cerdik gak ko eh..hihihi..CP tak sampai lagi sebab tunggu Juanita (Juan) dari Segamat. CP amat2 la berbesar hati sebab somi Juan sanggup anto mem dia ke Bangi, tq Majid. 11.30 CP pun bergeraklah ke tempat yg dijanjikan tu, Pijot dah lama menunggu.

Dalam 12 lebeh, Azmi (Zemi) pun sampai, tak le susah mana pun nak sampaikan Zemi..Tak lama lepas tu muncul la kembo si Zemi, Mat Paez - 2 Pullet..hahahaha..Perancangan awalnya cuma CP, Pijot, Juan, Zemi, Paez dan Shahrin. Tanpa disangka muncul pulak muka2 yang dah 22 tahun tak jumpa. Antaranya - Salahudin Shahar (Budin), Arafat Shahar, Nor Azuddin Hassan (Daeng), Mohd Shahrom Mion, Mukhsin Selamat, Noraini Osman, Norliza Ibrahim dan akhir sekali yang muncul Mohd Rizal Addullah. Leh tahankan, harap lepas ni bolehlah ramai lagi yang boleh join. Kan ke bagus memanjang2kan silaturrahim banyak manfaatnya.

Fizikalnya memang la ramai yang dah berubah. Kalau berselisih bahu maw tak kenal dibuatnya, apa taknya yg boroi, yg beruban, dari yg melidi dah pun berlipat, yg tak pakai spek dah berspek dan yg bersepek dah tak pakai spek. Tapi perangai masih macam dulu2, raso macam dudak2 sekolah la pulak..hihihi..sesekali pesalahnye kan.... Lalu dibuka la semula sejarah lalu tentang perangai masing2, tentang cikgu2, tentang SA ...hahha..lenguh rahang CP ni ketawa tentang perangai kita orang dulu2..Banyak nama yang CP dah lupa termasuk nama cikgu, dapat direfresh kembali. Teruk betul daya ingatan CP nih...pe laaa...

Dalam ramai2 ni CP memang tak leh ingat langsung Daeng, Arafat dan Shahrom sebab dia orang ni bukan sekelas dengan CP. Bila dah sampai rumah baru CP ingat muka Arafat dan Daeng nih, tapi si Shahrom memang ampun laaa CP tak ingat. Sory la Shahrom. Tak pe yang penting korang sudi datang untuk menghepeningkan hari yang akan menjadi sejarah ini..tq guyz..hope kita boleh berkumpul lagi lepas nih..

So dalam perjumpaan ni, kita orang bersetuju untuk tubuhkan satu komiti X-Maahad (Bangi) 83-87. Tak pepasal si Paez dilantik sebagai President dan CP sebagai sexytery (sesuka ko je Karim nak bagi nama sexytery). CP pun mengambil la nama masing2, no telefon dan email add. Huh..ada tu sampai lupo email add..adddeeehhh..CP mensyaratkan semua xtvt akan diberitahu melalui FB (Face Book) dan email. Sila maklumkan pada kawan2 yang tidak dapat hadir untuk mengaktifkan diri di web ini. Jadi mana2 yg belum register di FB sila berbuat demikian, kalau tak reti nak register sila la meminta bantuan mem atau hubby..wokeh..???

Xtvt pertama yang kita orang akan buat - berkumpul di Muor pada raya minggu ke 3 nak serang rumah Cikgu Rashidah. Rumah Cikgu Rashidah tu tempat berkumpul je wehh, maksudnya ufti akan dikutip dari setiap keluarga. Yang mana2 dah jadi tokeh, tuan2 beso leh le sumbang lelebih. ..berkat tuuu..Moga perancangan ni akan dipermudahkan.CP harap ini bukanlah pertemuan kita kali ini bukan yang terakhir tapi akan membuahkan perjumpaan yang lebih besar lagi..aaammmiiinnnn...Kepada kawan2 yang hadir hari ni, CP ucapkan terimakasih dan tahniah kerana korang semua memang BEST..!!!

p/s-CP masih lagi terkenangkan Rahayu Ibrahim...hhhuuuuaaaaa...


Saturday, August 15, 2009

Setelah 22 Tahun

Salam untuk semua...

Weiiihhhhh laaaa...CP masih lagi dok seronok nih, ketawa depan laptop tak henti2, naik lenguh pipi yang dah kembong nih. 2 hari dok conference di YM, ada2 saja yang diusikkan, ada2 saja yang nak dikutuk...hahha...kutuk jangan tak kutuk...

Dulu masa zaman2 sekolah dulu, kami dengan student lelaki idak le baik sangat..asyik nak gaduh jer. Antara budak lelaki dan budak pompuan ada gap. Dan yang paling tak best, budak pompuan tak penah dapat jadi ketua, kecuali persatuan masak memasak..wwwaaaaaaaaaa...Pe2 semua budak lelaki, maklum le lelaki tu kan ke tua...pegihhh dahhh...CP ingat lagi masa form 4, kalau tak silap CP si Ainol kot dok buat innouncement kat interkom pasal gaduh ngan mamat mana tah...hiihi..aje gila..Kat hostel pun cam tu gak, budak lelaki dan budak pompuan memang tak sebulu.

Masa form 1, CP dalam kelas Osman..kira kelas C la tuuu. Semuanya ada 4 kelas - Abu Bakar kira kelas budak terror la tu, Omar kira kureng sikit terror, Osman kira kureng2 sikit terror dan Ali kira kureng3 sikit terror..wehhh..jangan mare CP ketegorikan cam ni eh..Masa form 1 CP lupa la sapa best frend CP...??? Sapa ehhh...??? Form 2 CP naik le sikit tangga ke kelas Omar..masa tahun ni punnn..sapa eh best frend CP...adehhhh...memang hilang ingatan dah CP nih...

Form 3 Omar..aaaaaa...taun ni memang paling heppening, semuanya macam setan..hihihi. CP duduk dengan Rahayu Ibrahim..mana la minah ni sekarang nih..Antara nama2 yang CP ingat dalam form yang sama nih - Abd Rahman, Zainal Abidin, Azmi, Salahudin, Maliha, Fatihah, Ainol Haryati, Aswad, Zubaidah, Hafizah, Hanim Dursina, Juanita, Zaharah Raishan...yang lain2 ampunnnn CP tak ingat. Antara gossip terhangit...hihih...Cikgu Mustafa menjadi rebutan antara Ustazah apa ehhh...adehhhh..tak kuar lak kat otak nihh..muka ustazah tu yg CP nampak, dengan Cikgu Sharifah. Elehhh..dak2 pompuan pun ramai yang sok kat cikgu Mus nih...termasuk la CP..ahak...ahak..ahak.. Last2 Cikgu Mus kawin dengan Cikgu Sharifah. Lagi antara peristiwa yang trajis..hihi..kene diri atas bangku sbb tak leh jawab soalan Ustaz Dolah..peeergghhh...malu beb. Ngaji pun tergagap2..malu wehhh..hhuuuaaaaaaaa...malu...dah form 3 tu... Lepas SRP ramai le kengkawan yang berhijrah sekolah lain, terutamanya kelas AB yang kebanyakkanya ke KIK..nak tau apa KIK tu..gi le tanyer dak budak Kelang...hihihi...sowey..Selain tu ada gak yang ke Teknik dan Vokasional. Masa di form 4, CP masih lagi disekolah tu, cuma kali ni lebeh hevoc sikit arr sebab kita orang merupakan pioneer kelas sains kat sekolah tu. Kerek la kunun..hahhaha..walaupun result SRP CP bukan le bagus mana punnn...Ohhh..baru CP teringat, masa kita orang form 1, masa nilah sekolah kami tu diiktiraf sebagai sekolah berasrama penuh. Pada masa tu ada juga yang tak tinggal diasrama, kerana masaalah kapasiti bilik. Yang duduk hostel kebayankkanya budak2 dari JB, Pontian, BP dan Segamat. Jadi sesapa yang rumah mak abah dia orang kat Muor tu berduyun2 laaa..yang pegi sekolah naik basikal walaupu rumah berbatu2 jauhnya...rajin ooo budak2 dulu..tak de pun yang jadi bohsia atau mat rempit. Dah motor pun tak de, mana nak jadi mat rempitnya..

Wokeh..untuk form 4 dan 5, sok CP sambung lagi selepas kita orang jumpa. Nanti CP rekodkan sebab tahun ni memang bestttt..tunggggguuuu....

p/s-Rai..form 4 n 5 ko duduk ngan sapa eh..? Ko duduk kusi depan sekalikan..?

Friday, August 14, 2009

Akirnya Kau Ku Temu

Huuuaaaaa...sadis sungguh tajuk post pepagi nih..

Akhirnya pencarian CP berakhir, mug kesayangan CP telah pun ditemui. Pepagi masa CP masuk pantry, CP nampak cantik je mug CP kat rak pinggan..huh..sib baik tau basuh, kalau tak maw CP buang je dalam tong sampah. Well..CP ni bukan le kedekut pun..tapi pantang tok nenek CP kalau pinjam barang tak reti nak mintak izin atau nak pulangkan balik. Memang pantangggg...!!! Cikgu sivik CP dulu tak le garang mana, tapi sebab CP ni kan...8 thn jadi pengawas (hhuuaaaaa...tak best langsung..!!!), jadi dah terbiasa le cari salah orang :D. Tapi orang yang pinjam mug CP ni memang la tak sekolah, ada ke bekas makanan dan minuman leh di kongsi2..!!! Huh..!! tak sesuai..mana la penyakit tak berjangkit..!!! Tak pepasal CP kene beli satu mug baru..hhhhuuuuuaaaaa Sesapa yang nak hamek sangat mug lama CP nih..hamik laaaa...:(


mug beli ubat gigi dapat percuma pun jadi rebutan..huh..!!

p/s - ada sesapa yg gantikan mug CP takkkk.....;)

Thursday, August 13, 2009

Pagi Yang Best


Salam untuk semua...
Emmmm...pagi ni best ;), tah macam mana kawan lama masa kat sekolah menengah dulu (sebenornya my SA..ada lak yang perasaan ni kang..hihihi..) add CP kat Face Book. Punya la CP selonok sebab akhirnya pencarian CP menampakkan hasil.

Masa mula2 register FB tu..sedih je CP cari kawan2 lama tak jumpa. Ada ke sampai nama sekolah pun tak pernah diregister..ohhh kasihannnn...huaaaa...Tapi ari ni memang ari yang paling best dalam dunia...CP diketemukan dengan beberapa kawan lama yang ditinggalkan sejak 22thn dulu..eh..tetiba lak rasa tuo..ahak..ahak..ahak..CP nak ucapkan time kasih la bebanyak2 pada kawan CP yg mula2 add CP iaitu Sdr Azmi Anis (bro..aku promote nama ko nih..hiihi..). Masa sekolah dulu kita orang panggil dia Zemi. Orangnya hensem, putih gitu..maka ramailah adik2 junior dok minat..(pooorahhh perasaan la lu bro..). Tapi yang tak bestnya, dulu2 gi sekolah naik basikal, tak de motor termasuk la si Zemi ni tadi..ehik..ehik..ehik...Tapi tetap ramai gak yang minat dia ni..jalan enjut2 punnn ada org minat ko eh Mie..hihihi..jgn mare bro...

Citer pasal basikal ni kan...dulu2 kita orang gi sekolah memang naik basikal. Jauh mana pun rumh dari sekolah, gi sekolah tetap naik basikal. Tak de le pulak yang mati tengah jalan..nauzubillah. Termasuk la CP, kayuh la basikal gi sekolah, sampai hitam2...hahhaha..Masa tu basikal kena ada lesen taw, igt lagi basikal CP kene tarik Majlis Daerah sebab tak de lesen. Tau tak pasal? Sebab kat Muor le paling banyak basikal..:0 Tu la pasal Majlis Daerah nak cari hasil ;)

Melalui si Azmi tadi, maka terjumpa la CP beberapa lagi kengkawan lain...antaranya Faez Hisham, Shahrin Mat Zain (bebenonya memang dah lupa nama nama abah dia, sib baik dia bg tau), Zahrin Ahmad (lelaki melayu terakhir..hahah..) dan Hisham Hamzah. Dan yang tak bestnya kawan pompuan cuma jumpa sorang je Hafizah Hamdan. Jadilah..ada gak..Tak sangka lak ramai kengkawan ada dekat2 sini jer..habeh jauh pun area JB. So kita orang pun apa lagi..cerite dan cerita dan cerita...macam2 yang nak dikongsikan bersama. Maklum le dah lama tak jumpa...rasa cam dak2 sekolah jer...hhuuuuuaaaaaa...Masing2 dah kawin, ada anak dan keluarga. So lepas ni kita orang nak kumpul2 dulu..lepak2..citer2..dan ingat nak buat reunion la gak untuk bebudak SPM 1987...huuuu alahhh..lama dah ditinggalkan zaman tu eh..CP nak cadangkan kita orang reramai gi serbu rumah Cikgu Rashidah yang manis berlesung pipit tu..cikgu kelas kita orang masa form 5..mana dia leh lupa first batch kelas sains tuuu...Harapan CP, semoga titik pertemuan ini akan memberi manfaat untuk kami semua...aaaammminnnn...

p/s-malam nnt CP nak coling2 Juan kat Segamat..hihihi...nak bg dia sakit ati....hhhuuuaaaaa...

Wednesday, August 12, 2009

Pagi Yang Bengang

Pagi ni sampai office lewat sikit...emmmm...kene potong gaji la nampaknya. Baik jadi operator cam ni, puas hati. Hai..nak salahkan sapa, sendiri maw ingat la kan....sapa suruh berguling2 atas kati..kannn dah lambat, baru padan muka. Lambat pun lambat laaa...janji kije ;) Sekarang ni parking lot dah jadi store..nyampah !!! Payah lak tu nak cari parking. Tempat parking yang baru je dapat dirembat, dah kene kebas. Dengki..!!!! pantang nampak orang senang sikit. Bukan menyusahkan sapa2 pun, cuma menyusahkan mata2 makhluk yang memang hatinya busuk. Dah malas nak gaduh2kan, cari je la parking lot lain. Jauh pun jauhlah...nanti la CP kaya esok, CP buat garaj macam rumah..huh!!! sakit betul hati :(

CP nak g minum dulu la...sejukkan hati. Ari ni CP tak bawak pe2..ayam goleng jer...jom kita sarap. Adusss...nak buat air, mug pulak hilang, tah sapa la amik mug CP ni...!!!eeeeeeeeee...gerammnya..!!!kalau dapat mangkuk ayun yang amik mug CP ni..CP sumpah dia jadi mok..!!! geramm tawww..Hmm...dah puas dok rayau2 kat meja depa nih, tak de la pulak. Tak pe la pakai je la, bekas air nih. Adehhh..!!!air pulak tak de...!!!!apa la nasib aku ari nih...!!!perut lapo, tekak haus...makkkkk..!!!! ampunkan anakmu ini...hhhuuuuuaaaaa...

p/s - ada orang tengah minum kat Pagoh...tumpang sikit bole...;)

Tuesday, August 11, 2009

Produk Terkini di Butik Kecikku

Tuan-tuan dan puan-puan...

Dengan sukacitanya CP nak umumkan tuan punya Butik Kecikku sedang memasarkan produk terbarunya Rantai Tangan Kristal Swarovski dan Keronsang Mutiara. Cantik dan murah. Terdapat dalam pelbagai warna dan bentuk mengikut citarasa anda ;) Kan ke cantik dipakai dipagi raya. Tak cukup beli satu, belilah 2 ke 3 ke 4 ke...semua sekali pun bole...satu untuk mem, satu untuk girl frend, satu untuk buah hati, satu untuk pengarang jantung, satu untuk mak, satu untuk adik...ok kan...beli banyak, harga pun murah!!! Jangan ketinggalan..!!! dapatkan segera :D...nak raya nikan...

p/s - CP baru je dapat rantai leher...alamak kene rantai ke nih..?

Antara Cinta dan Suka

Hai..salam untuk semua..
Sat tadi CP dapat satu email dari Kak Ida dari Alor Staq..emmm..antara cinta dan suka ;). Menarik juga untuk dikongsi bersama, baca kat bawah nih CP pastekan..renung2kan..;)

Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang
Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.

Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga.
Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku.
Jikalau kita melihat mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.

Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata.
Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa saja.

Di depan orang yang kita cintai, kita menjadi malu.
Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukan image yang sebenarnya.

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta.
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka.

Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis.
Bila orang yang kita suka menangis, kita akan membuat dia gembira.

Perasaan cinta bermula dari HATI.
Perasaan suka bermula dari TELINGA

Hhhmmmm..anda yang mana satu eh...? Cinta atau suka? Bagi CP...dalam keadaan apa pun..jadilah diri sendiri..:D. Selamat bercinta dan bersuka..hihihi..

p/s- klu tersengeh2 depan PC tu..apa kes lak eh...?

Sunday, August 9, 2009

Sembang Pagi Ahad


Salam untuk semua..
Emmm..hari ni CP balik rumah mak di Tangkak, inginkan nak balik semalam..tapi hubby ada hal la pulak, jadi tak dapatlah bermalam :( Tapi tak kisahlah yang penting dapat jumpa mak. Mak dan Atu alhamdulillah sihat je sejak balik dari umrah ni. Emmm..macam2 yang mak masak - nasi impit, kuah kacang, lontong, ikan parang masak asam pedas, ayam masak kari, udang galah masak lemak kuning...meleleh air liur beb. Lama betul tak makan masak lemak udang sungai ni, mak mertua lalu boleh tak perasan..hihihi.. Ni ada sikit resipi warisan turun temurun CP. Atok CP dan mak CP kalau masak lemak ikan sungai ke, udang galah ke, ketam ke...biasanya tak letak bawang merah atau bawang putih. Cuma masukkan cili kering, kunyit hidup, asam keping dan cam biasa la santan. Rasa masam tu biasanya ada lebih sikit untuk kurangkan rasa hanyir. Sedap oooooo..;)

Nana anak-berana balik, Jott anak-bernak balik, cuma yang tak balik dak Abang anak-beranak. dak Su Mek pun tak balik, mungkin balik masa ambik mak balik dari umrah hari tu agaknya. Dia tu dah jadi macam dulu gak la..pantang nampak kelibat kita orang balik, memcicit terus lari. Lantak la dia...tak de sapa pun yang nak cari pasal dengan dia.

Mak belikan tudung, tudung ala-ala Siti gitu. Tengok CP pakai nih, jelites tak..uhuk..uhuk..uhuk..cam bibik ade laaaa...


Petang tu kita orang gi Muor kat Tanjung Mas, apalagi kalau dah gi Muor tu...makan le..:D.
Nampaknya jerebu di Tanjung sangat la teruk, dari jauh nampak macam kat obersea jer,padahal ober de river jer..tengok tuu

Sebenornya nak test run kete baru Atu..Jazz tu..warna biru laut lagi. Hmmm..meleleh air liur CP nih :D, tapi lebih meleleh lagi tengok rojak petis...emmm..seedddaaapppp. CP order rojak petis, mee bandung Muor dan lai chikang sejuk. Kenyang sangat2 ..alhamdulillah.


p/c - dulu masa CP kecik2 kat sini la CP selalu jogging ngan kawan2..tempat jatuh lagi dikenang..

Friday, August 7, 2009

Kalau Dapatku Peluk

Emmmm...tadi lepas lunch Cik Puan gi rayau2 ngan Cik Zee, apa tah nama kedainya..tengok bunga, tengok pinggan mangkuk...mangkuk ayun tak de la pulak. Cari punya cari, pusing punye pusing, Cik Puan beli lilin buah-buahan, nanti Cik Puan pastekan diblog Butik Kecilku..tunggguuuu...

Dalam dok main pusing-pusing tu, maka terlihatlah Cik Puan bersusun patung2 teddy bear yang masa kecik2 dulu Cik Puan tidaklah ada. Emmmm...maka terlintaslah dalam kepala Cik Puan...tak dapat peluk orang, peluk bear pun jjaaaaadddddiiiii llaaaa...:(



p/s - tido malam peluk bear je laaa...:(

Mata

dan mata itu
merenung jauh menusuk ketangkai hati
entah apa yang dicari
entah apa yang diperhati

dan mata itu
aku renung sedalamnya
mencari kepastian
mencari keikhlasan
mencari mata hatinya

dan mata itu
aku temui
setajam rengungan yang penuh kerinduan
sebelas kasih yang sukar dimengertikan
semekar cinta tanpa kepastian
seredup simpati tanpa sempadan

dan mata itu
akan selalu dimata ini..


p/s - jangan main mata taw..Cik Puan jeles..;p

Gurindam Jiwa

Tuailah padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intailah kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Anak Cina memasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Jati
Di dalam hati tidak ku lupa
Bagai rambut bersimpul mati

Batang selasih permainan budak
Daun sehelai dimakan kuda
Bercerai kasih bertalak tidak
Seribu tahun kembali juga

Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman
Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan

Kalau tuan mudik ke hulu
Carikan saya bunga kemboja
Kalau tuan mati dahulu
Nantikan saya di pintu syurga


p/s - dan rindu bertandang jua...

Wednesday, August 5, 2009

Skandal I

"Sampai hati u Maz..sampai hati u buat i macam ni..!!! U dah tak sayangkan I dan anak2 kita ke?? U memang dah gila..!!! dah tua tapi tak sedar diri..!!! I setia dengan u Maz...!!! U memang dah gila..!! U kejam..!!! I tak pernah curang..!!! U tau tak i tak pernah curang dengan u..!!!!" Pangggg..!!satu tamparan hebat singgah dipipi gebu Maz. Nasir semakin menggila, menghempaskan segala barang yang ada didepannya, menggigil tubuhnya tak tertahan marah yang ditampung. Maz masih terduduk kaku dihujung kerusi. Anak-anak mereka bertempiaran lari kebilik ketakutan.

"U beritahu i sekarang Maz..sejak bila u ada hubungan dengan jantan sial tu...!!! Cakap..cakap dengan i..!!! sejauh mana hubungan u dengan dia..CAAAKKKAPPPP betina sundal..!!" Marah Nasir terus tak terkawal. Merah padam mukanya yang putih kemerahan itu. Marah bercampur kecewa, hampa bila mendapat tahu isterinya bermain kayu tiga dibelakangnya."Apa kurangnya i..apa yang u cari dari jantan tu..cakap..!!! kenapa u diam". Maz masih terus membatu sambil tersedu-sedu menahan sebak didada. "Aku bagi kau kebebasan, ini balasan kau pada aku...??? pada kesetiaan aku..???!!! Haaaaa.cakappp..caakaappp...aku kata cakap.!!!cakap..!!! bukan suruh kau menangis..!!!" Pannnggg..!!!Satu lagi tamparan dipipi gebu Maz.

"I dah bosan dengan u..u tau tak..i dah BOSAN hidup dengan u..bosan..!!!bosan..!!! u faham tak..i dah PENAT..!!! Akhirnya Mazlinda menjawab. Dia bangun memberanikan diri menjawab. "U pernah peduli sunyi dan sepinya jiwa i???!!..haaaa...pernah u peduli..???!! Pernah u terfikir betapa sunyinya i dibilik seorang diri..???!!! Pernah tak u terfikir i selalu ternanti2 u masuk kebilik memeluk dan membelai i..pernah tak u terfikir itu semua..haaaa..pernah tak..!!!!??? U tak peduli..u memang tak pernah peduli, bagi u i ni mengada-ngada..kan..!!???" Mazlinda melepaskan apa yang terbuku dihatinya selama ini. Nasir terus memekik "hey betina kau tak tau ke aku ni penat..bekerja cari nafkah, untuk siapa..!!!!untuk kau juga..!!!" Hilang sudah "I" "U"nya. "aku ni ada banyak masaalah yang kena fikir..kau apa tau..!!!"

"U tau..selama 10 tahun i cukup sabar dengan kerenah u, i layan u, i jaga u bagai menantang minyak yang penuh..tapi cuba u tengok bagaimana u melayan i..??? Mazlinda bersuara tanpa memperdulikan kemarahan Nasir. Baginya inilah masanya dia melepaskan apa yang menyiksa batinnya itu. "Segala kepahitan dan keperitan penderitaan i pendam, i simpan..setiap kali i perlukan u, bagaikan meminta-minta. Kalau i bising2 barulah dapat dan kalau i diamkan u memang takkan peduli. I ni dahlah menampung nafkah zahir sendiri, nampaknya nafkah batin i kena cari sendiri jugalah" Sindir Mazlinda. Panggg..!!!satu lagi tamparan hinggap ke muka Maz. "Kurang ajar..!!!" jerit Nasir. Maz terdiam, tak mampu berkata2 lagi.

"U takkan faham Sir, u takkan faham kesunyian i..U ada ramai kawan2 untuk u melepak-lepak diluar sana, tapi i dirumah penat melayan kerenah anak2. Bila i nak bermanja2 dengan u..u tak suka..malu dah tua lah, malu dengan anak2 lah. I perlukan u Sir, perlukan u sebagai teman, sebagai kekasih. I ni perempuan Sir, perlukan perhatian, kasih sayang, dipeluk, dibelai, dimanja..kenapa dulu masa bercinta u boleh buat itu semua untuk i..???..kenapa tidak kini..??!! Mazlinda terus bersuara tanpa memperdulikan kemarahan Nasir. "I tak minta apa2 Sir..i cuma minta hak i sebagai isteri...salah ke..??? Selama ni i simpan jauh2 rasa kecewa i dilubuk hati..sebab apa..sebab u tak suka tengok i bermasam muka...!!! Baru2 ni i sewa hotel sempena menyambut hari ulang tahun kita, semata2 untuk membangkitkan kehangatan api asmara...tapi apa yang ada..???..tak ada apa2 peristiwa yang istimewa pun yang berlaku..!!! Malam tu tersedu2 i menangisi kesepian, tapi u langsung tak peduli...sampai hati u Sir...sampai hati u. membiarkan i terus kesepian." Nasir terus keluar dari rumah tanpa memperdulikan sedu-sedan Mazlinda menahan kepiluan.

p/s - Cik Puan pun dah ngantok..tunggulah ke episod seterusnya ;P...gud nite..mimpikan Cik Puan eh..

Sunday, August 2, 2009

Sembang Pagi Ahad

Salam untuk semua...;-)
Berjumpa lagi kita dipagi Ahad, hampir seminggu Cik Puan tak menulis bukan tak berkesempatan tapi kekeringan idea...tu la malas lagi membaca ni la padahnyer :D. Pagi Ahad ni macam pagi2 Ahad yang lazimnya, jadi tak payahlah Cik Puan story panjang2 eh...

Hari Ahad ni pasti ramai yang menonton MELODI, biasalah rancangan gosip menggosip siapa yang tak suka tontonkan...hihihi..no comment sebab Cik Puan pun suka jugak tonton ;>. Kali ni Cik Puan nak menyorot tentang konflik rumahtangga Radzi OAG yang berada dihujung tanduk tu...simpati Cik Puan untuk pasangan muda ini. Orang muda..adatlah masing2 panas baran, pendek akal, ego dan pentingkan diri sendiri...maaf iye orang muda diluar sana, Cik Puan pun pernah muda, pernah melalui saat getir itu, so no heart feeling ;-)

Kisahnya si Radzi ni tak mahu menceraikan isterinya yang menuntut cerai setelah dia tahu isterinya itu bersekedudukan dengan lalaki lain. Atas dasar sakit hati si Radzi ini pada isterinya, maka dia memang berniat untuk gantung tak bertali kepada isterinya itu.

Hmmmm...kisah diatas bukan saja berlaku dikalangan artis, tapi juga kepada masyarakat umum. Cik Puan tak berminat untuk mengupas apa sebenarnya yang berlaku, cuma Cik Puan melihat kisah ini dari sudut hati kecil seorang wanita, sebab Cik Puankan wanita :D. Cik Puan bukan nak menegakkan atau memenangkan kaum wanita dalam hal ini, cuma Cik Puan selalu berpegang pada falsafah Cina "bagaimana kepala begitulah ekornya" - macam ikan la kan...Wanita takkan jadi begitu jika yang memimpinnya itu pandai memimpin...kan..????

Sdr Radzi dengan bangganya menempelak isterinya dihadapan wartawan dan ditonton oleh jutaan penonton. Dengan bangganya, dia tidak akan melepaskan isterinya - "padan muka kau, jangan harap kau dapat kawin dengan jantan tu". Mungkin itulah yang bermain dimindanya...emmm...tak mustahilkan..Sdr Radzi ni bukan apa, dia cuma nak menunjukan egonya yang dia berada dipihak yang benar dan isterinya itulah punca perceraian mereka. Samaada betul atau tidak isterinya itu telah meniduri lelaki lain, itu masih belum lagi dibuktikan.

Wanita itu dijadikan dari tulang rusuk yang bengkok, untuk diluruskan oleh lelaki. Namun jika kaum Adam itu tidak lurus, mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayangan yang lurus ;-). Bila wanita jadi derhaka, dunia lelaki akan jadi huru-hara dan lelaki pula janganlah mengharapkan wanita menerima mereka seadanya, tapi binalah kepimpinan. Wanita punya naluri yang sangat halus ingin dibelai, dimanja, dilindungi, disayangi namun punya sifat malu jika itu semua perlu meminta2 dari suami yang dicintainya itu.

Emmmm...berat juga isu Cik Puan kali ini yea :D. Untuk semua pasangan diluar sana juga untuk diri sendiri bersabarlah dalam apa juga yang mendatang kerana itulah yang mematangkan kita sebagai manusia. Renung jauh2 kedalam mata anak kerana kehidupan mereka lebih penting dari kita. Perpisahan amat memeritkan namun jika memang tak boleh sehaluan carilah jalan terbaik untuk berpisah. Usah diungkit siapa betul dan siapa yang salah, tapi jika setiap pasangan dapat melihat kedalam diri sendiri pastinya ego akan runtuh.

Apa juga yang berlaku, sentiasa berfikiran positif, lapangkan dada dan bukalah minda. Sooooo....kita enjoy..!!!!! ;-)

p/s - masa bercinta jalan berpimpin, tapi la ni...pimpin hand bag je la...:(