Sunday, August 16, 2009

Hari Yang Dinantikan - Reunion X Maahad (B) 83-87

Salam untuk semua..

Huh..!!! akhirnya tanpa perancangan yang rapi kita orang jumpa juga ditempat yang dijanjikan. Hmmmm..mana nak sangka 13 orang yang datang, not bad haaaa...Kalau tak jadi pun CP tetap date gak ngan si Karim tu, jangan jelezzzz...hahahah..

Tepat jam 11.15 Hafizah Hamdan (Pijot) sampai dulu. Dengan sukarelanya dia menyusun meja di kopitiam tu..tq Jott..cerdik gak ko eh..hihihi..CP tak sampai lagi sebab tunggu Juanita (Juan) dari Segamat. CP amat2 la berbesar hati sebab somi Juan sanggup anto mem dia ke Bangi, tq Majid. 11.30 CP pun bergeraklah ke tempat yg dijanjikan tu, Pijot dah lama menunggu.

Dalam 12 lebeh, Azmi (Zemi) pun sampai, tak le susah mana pun nak sampaikan Zemi..Tak lama lepas tu muncul la kembo si Zemi, Mat Paez - 2 Pullet..hahahaha..Perancangan awalnya cuma CP, Pijot, Juan, Zemi, Paez dan Shahrin. Tanpa disangka muncul pulak muka2 yang dah 22 tahun tak jumpa. Antaranya - Salahudin Shahar (Budin), Arafat Shahar, Nor Azuddin Hassan (Daeng), Mohd Shahrom Mion, Mukhsin Selamat, Noraini Osman, Norliza Ibrahim dan akhir sekali yang muncul Mohd Rizal Addullah. Leh tahankan, harap lepas ni bolehlah ramai lagi yang boleh join. Kan ke bagus memanjang2kan silaturrahim banyak manfaatnya.

Fizikalnya memang la ramai yang dah berubah. Kalau berselisih bahu maw tak kenal dibuatnya, apa taknya yg boroi, yg beruban, dari yg melidi dah pun berlipat, yg tak pakai spek dah berspek dan yg bersepek dah tak pakai spek. Tapi perangai masih macam dulu2, raso macam dudak2 sekolah la pulak..hihihi..sesekali pesalahnye kan.... Lalu dibuka la semula sejarah lalu tentang perangai masing2, tentang cikgu2, tentang SA ...hahha..lenguh rahang CP ni ketawa tentang perangai kita orang dulu2..Banyak nama yang CP dah lupa termasuk nama cikgu, dapat direfresh kembali. Teruk betul daya ingatan CP nih...pe laaa...

Dalam ramai2 ni CP memang tak leh ingat langsung Daeng, Arafat dan Shahrom sebab dia orang ni bukan sekelas dengan CP. Bila dah sampai rumah baru CP ingat muka Arafat dan Daeng nih, tapi si Shahrom memang ampun laaa CP tak ingat. Sory la Shahrom. Tak pe yang penting korang sudi datang untuk menghepeningkan hari yang akan menjadi sejarah ini..tq guyz..hope kita boleh berkumpul lagi lepas nih..

So dalam perjumpaan ni, kita orang bersetuju untuk tubuhkan satu komiti X-Maahad (Bangi) 83-87. Tak pepasal si Paez dilantik sebagai President dan CP sebagai sexytery (sesuka ko je Karim nak bagi nama sexytery). CP pun mengambil la nama masing2, no telefon dan email add. Huh..ada tu sampai lupo email add..adddeeehhh..CP mensyaratkan semua xtvt akan diberitahu melalui FB (Face Book) dan email. Sila maklumkan pada kawan2 yang tidak dapat hadir untuk mengaktifkan diri di web ini. Jadi mana2 yg belum register di FB sila berbuat demikian, kalau tak reti nak register sila la meminta bantuan mem atau hubby..wokeh..???

Xtvt pertama yang kita orang akan buat - berkumpul di Muor pada raya minggu ke 3 nak serang rumah Cikgu Rashidah. Rumah Cikgu Rashidah tu tempat berkumpul je wehh, maksudnya ufti akan dikutip dari setiap keluarga. Yang mana2 dah jadi tokeh, tuan2 beso leh le sumbang lelebih. ..berkat tuuu..Moga perancangan ni akan dipermudahkan.CP harap ini bukanlah pertemuan kita kali ini bukan yang terakhir tapi akan membuahkan perjumpaan yang lebih besar lagi..aaammmiiinnnn...Kepada kawan2 yang hadir hari ni, CP ucapkan terimakasih dan tahniah kerana korang semua memang BEST..!!!

p/s-CP masih lagi terkenangkan Rahayu Ibrahim...hhhuuuuaaaaa...


No comments: