Sunday, August 2, 2009

Sembang Pagi Ahad

Salam untuk semua...;-)
Berjumpa lagi kita dipagi Ahad, hampir seminggu Cik Puan tak menulis bukan tak berkesempatan tapi kekeringan idea...tu la malas lagi membaca ni la padahnyer :D. Pagi Ahad ni macam pagi2 Ahad yang lazimnya, jadi tak payahlah Cik Puan story panjang2 eh...

Hari Ahad ni pasti ramai yang menonton MELODI, biasalah rancangan gosip menggosip siapa yang tak suka tontonkan...hihihi..no comment sebab Cik Puan pun suka jugak tonton ;>. Kali ni Cik Puan nak menyorot tentang konflik rumahtangga Radzi OAG yang berada dihujung tanduk tu...simpati Cik Puan untuk pasangan muda ini. Orang muda..adatlah masing2 panas baran, pendek akal, ego dan pentingkan diri sendiri...maaf iye orang muda diluar sana, Cik Puan pun pernah muda, pernah melalui saat getir itu, so no heart feeling ;-)

Kisahnya si Radzi ni tak mahu menceraikan isterinya yang menuntut cerai setelah dia tahu isterinya itu bersekedudukan dengan lalaki lain. Atas dasar sakit hati si Radzi ini pada isterinya, maka dia memang berniat untuk gantung tak bertali kepada isterinya itu.

Hmmmm...kisah diatas bukan saja berlaku dikalangan artis, tapi juga kepada masyarakat umum. Cik Puan tak berminat untuk mengupas apa sebenarnya yang berlaku, cuma Cik Puan melihat kisah ini dari sudut hati kecil seorang wanita, sebab Cik Puankan wanita :D. Cik Puan bukan nak menegakkan atau memenangkan kaum wanita dalam hal ini, cuma Cik Puan selalu berpegang pada falsafah Cina "bagaimana kepala begitulah ekornya" - macam ikan la kan...Wanita takkan jadi begitu jika yang memimpinnya itu pandai memimpin...kan..????

Sdr Radzi dengan bangganya menempelak isterinya dihadapan wartawan dan ditonton oleh jutaan penonton. Dengan bangganya, dia tidak akan melepaskan isterinya - "padan muka kau, jangan harap kau dapat kawin dengan jantan tu". Mungkin itulah yang bermain dimindanya...emmm...tak mustahilkan..Sdr Radzi ni bukan apa, dia cuma nak menunjukan egonya yang dia berada dipihak yang benar dan isterinya itulah punca perceraian mereka. Samaada betul atau tidak isterinya itu telah meniduri lelaki lain, itu masih belum lagi dibuktikan.

Wanita itu dijadikan dari tulang rusuk yang bengkok, untuk diluruskan oleh lelaki. Namun jika kaum Adam itu tidak lurus, mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayangan yang lurus ;-). Bila wanita jadi derhaka, dunia lelaki akan jadi huru-hara dan lelaki pula janganlah mengharapkan wanita menerima mereka seadanya, tapi binalah kepimpinan. Wanita punya naluri yang sangat halus ingin dibelai, dimanja, dilindungi, disayangi namun punya sifat malu jika itu semua perlu meminta2 dari suami yang dicintainya itu.

Emmmm...berat juga isu Cik Puan kali ini yea :D. Untuk semua pasangan diluar sana juga untuk diri sendiri bersabarlah dalam apa juga yang mendatang kerana itulah yang mematangkan kita sebagai manusia. Renung jauh2 kedalam mata anak kerana kehidupan mereka lebih penting dari kita. Perpisahan amat memeritkan namun jika memang tak boleh sehaluan carilah jalan terbaik untuk berpisah. Usah diungkit siapa betul dan siapa yang salah, tapi jika setiap pasangan dapat melihat kedalam diri sendiri pastinya ego akan runtuh.

Apa juga yang berlaku, sentiasa berfikiran positif, lapangkan dada dan bukalah minda. Sooooo....kita enjoy..!!!!! ;-)

p/s - masa bercinta jalan berpimpin, tapi la ni...pimpin hand bag je la...:(


No comments: