Thursday, June 3, 2010

Akhirnya Kita Ditemukan

Hampir 20 tahun kita terputus hubungan, akhirnya dunia siber ini menemukan kita. Aku selalu yakin kita akan bertemu jua, sbb kimia antara kita sgt kuat. Sukar utk dijelaskan kepada sesiapa pun, hanya kau dan aku yg tahu. Selama perpisahan itu, aku tak pernah melupakanmu, tapi yg lebih mengharukan kau masih boleh mengulangi setiap detik dan saat kita bersama. Hmmmm...hampir2 aku terlupa tentang cincin tu..betul2 aku lupa. Kau masih terus menyimpannya....

Mendengar kisah hidupmu, benar2 membuat aku rasa bersalah. Selama perpisahan itu, hidupmu terbelanggu dgn bayanganku. Hampir2 menggadaikan pengajianmu...ahhhhhh...hampir bergenang air mataku mendengar kisahmu. Betapa kejamnya aku saat itu. Maafkan aku .....

Kini kau menemui jalan buntu dlm hubungan perkahwinanmu.....ahhhhh...kau benar2 menyalahkan takdir menghukum hidupmu. Aku simpati ..simpati dgn kisah hidupmu. Namun apakan daya, aku hanya mampu mendengar. Aku akan sedia dan selalu menjadi teman pendengarmu yg setia. Sekurang2nya sedikit semangat dpt aku berikan. Sabarlah teman...hidup tak selalunya kejam. Akan ada bahagian utkmu nanti.

p/s - suci dlm debu

Saturday, January 23, 2010

Bulan Madu Kali Ke2

2009..hmmmm..terlalu banyak peristiwa utk dikenang pada tahun ini. Antara manis dan pahitnya sama banyak. CP tenggelam dalam kegelapan dan akhirnya CP temui sinar cahayanya. Alhamdulillah aku bersyukur padamu ya Allah, kerana masih memberi ruang dan peluang utk aku.

Apa pun yang berlaku pada tahun ini, banyak mengajar CP tentang kasih dan syg, kesetiaan dan kejujuran, pengorbanan dan penghargaan. Tanpa kita sedar, kita sibuk dengan hal2 yang tah apa pun kita tak tahu.

Diam tak diam dah masuk 17 tahun CP mendirikan rumahtangga. Ini merupakan masuk 5 tahun ke4 CP mengharungi alam berumah tangga. CP suka membahagikan alam perkahwinan kepada setiap 5 tahun, kerana setiap peringkat 5 tahun ni, CP dapati hampir semua pasangan melalui fasa yang hampir2 sama. Bersetuju atau tidak, kalau CP katakan tahun ini merupakan tahun yang kritikal jika tidak berhati2. CP namakannya "Tahun Bosan", sbb anak2 dah besar2, kerjaya dah stabil, harta dah ada...apalagi nak cari, semua dah ada depan mata. Ada suami, ada isteri, ada anak2...nampak tenang, bahagia tetapi dasarnya bergelora. Ramai suami mahupun isteri hatinya sunyi, ingin dibelai, dimanja seperti masa baru berumahtangga. Ramai yang tahu, yang sedari perasaan yang ada ini tetapi tak tahu bagaimana nak cari jalan keluar. Takut dikatakan mengada2 oleh pasangan masing2.

CP sendiri melalui fasa ini. Ini adalah hakikat !! dan CP mendapat jawapan kenapa dan mengapa skandal berlaku. Inilah masa yang terbaik pasangan mencari jalan keluar, merendahkan ego masing2, bercakaplah dari hati kehati, mendengarlah dgn hati bukan dgn telinga. Jangan anggap mudah jika anda sayangkan keluarga anda. Dan jika anda dapat melepasi "Tahun Bosan" ini dgn jayanya, anda jgn terperanjat yg anda akan jatuh cinta buat kali ke2 ;-)

p/s - ada kawan CP jatuh cinta buat kali ke2, smpi berenggang pun da tak bole...


Wednesday, November 11, 2009

Sambal Tumis CP


Salam...
Hmmmm...lama dah tak menulis, bukan tak de masa tapi malas. Kalau dah malas tu....tak dapek le nak nolongnye...

Semalam CP bawak sambal ayam ke opis. Seketul ayam CP jual RM2...2 hinggit jek, itu pun kawan2 mintak masakkan sebab selalu makan nasi lemak atau mee tak de lauk. So semalam CP pun bawak la gi opis. Atas bekas tipuware tu CP tulis la seketul ayam 2 hinggit jek. Mahal ke? Kat luar mana nak dpt harga tu, dah le sedap , home made lagi. Siap tulis kat tipuware CP tu..."AGAK2 LA KALAU NAK UNTUNG" Sabar je la CP tengok. Dia hingat CP ni kaya ke pe takat jual sambal ayam 10 ketul tu???!!!! DENGI, BUSUK HATI. Kalau dah tak nak beli tu, tak yah le beli..kan tak baik tulis mcm tu. Bila org lain baca, org lain pun tak maw beli.

Hari ni CP bawak pulak sambal sotong. Sekor sotong tu CP jual 2 hinggit gak, sotong beso taw...then masing2 pakat tak maw beli. Sian CPkan...kalau tak de org tanyer dah ada pakat2 tak maw beli. Siap kata mahal la, berkira la ngan kawan2. Aiiii...!!!! selama2 ni yg CP jamu depa ..time kasih pun idok. Bukan la nak ngungkit, tapi sakit gak la ati ni...!!!! Lepas tu bila CP kata, makan jek le...tak yah bayo...hmmmm..mmg dasar tak tau malu, makan la pulak. So..jangan harap CP nak bawak lg, bagi makan free pun CP tak mau bawak sokmo. Nak jadik kedukut sikit..hhhuuuuaaaaaahhahahhhah...Padan muka korang, tak dapek le lagi nak meraso masakkan CP..padan gak muka CP tak leh nak bersodekah....mmmuuuuaahahahahhahah...

Manusia ni mcm2 kan...dah nak buat cam ner kan....lantak le. Niat CP nak tolong, tapi kalau org pandang sebelah mata...biarlah buat pe nak layan sgt . CP mcm ni jugak - Tak Hidup Dipuji Tak Mati Dikeji

p/s - kempunan le korang nak makan sambal tumis CP



Saturday, September 12, 2009

Skandal II

"Kenapa dengan pipi U ni Maz??" "Lebam.!!.bengkak.!!.U kene tampar iye??" "Bagi tau I Maz..siapa yang berani tampar U nih???!!" Marah betul Zailan melihat lebam-lebam dimuka Mazlinda. "Bagi tau I Maz..siapa yang tampar muka U ni???"

"Nasir yang tampar..." Jawab Maz lemah. "Dia dah tau hubungan kita ni...dia dah tau segala-galanya..Dia pun dah 3 hari tak balik rumah, tak tau ke mana dia menghilang. I betul-betul bingung Lan, tak tau nak buat apa. Tak tau sama ada I nak cari dia atau tidak..pun tak tau juga nak cari dia di mana" Terang Mazlinda. " Dia ada hubungi U, atau U ada hubungi dia tak?" Tanya Zailan "Tapi...macammana dia boleh tau hubungan kita ni Maz?" Zailan bertanya kebingungan, mengerut-ngerutkan dahinya yang luas itu.

"Tah la...itu I tak tau, dia tak de cakap apa-apa. Lan...I buntu la, buntun fikirkan semua nih...eeeeeeeeee..beserabut la kepala otak I nih!!!" Maz menggaru-garu kepalanya yang tak gatal itu." Lan..I dah nekad untuk bercerai dengan Nasir. Kita kawin yea?" Ujur Maz. "Apa..??!! kawin..??!!!" Zailan tergamam dengan soalan yang dilemparkan kepadanya. "Maz..U tau kan..dari dulu I dah kata, yang I takkan madukan isteri I.." Lembut Zailan menjawab "I boleh berikan U kasih sayang I, segala kemewahan..tapi I dah beritahu U yang I takkan berkahwin dengan U..Maz.." Terang Zailan bersahaja.

Hampir meraung Mazlinda mendengar penjelasan Zailan itu. Semuanya kelihatan gelap, bagai hilang arah tuju. Apa yang mampu ketika itu, hanyalah tangisan penyesalan. "Sampai hati U Lan....Lan...tolong la I, U tak kesian kat I ker..??? Kita kawin yea sayang?? Bukan ke kita saling menyayangi, saling mencintai??" Rayu Maz kepada Zailan. "Maz...I memang sayangkan U, I memang cintakan U. Tapi sayang...I takkan mampu menduakan isteri I. Maz...I akan tetap sayangkan U, kasih I pada U takkan mungkin berubah, tapi Maz...I tak boleh menikahi U. U boleh datang pada I bila-bila U suka, U boleh cari I bila U ada masaalah...bila-bila saja I akan ada untuk U..." Perlahan Zailan membelai rambut Mazlinda. "Tapi sampai bila Lan...sampai bila kita nak teruskan hubungan yang tiada kesudahannya ini??? I bukan anak patung la Lan..!!" Marah Maz, kecewa dengan keputusan Zailan itu. " I ni memang bodohkan..ada suami baik, ada anak2 yang comel, tapi tergila-gilakan laki orang. I ambil risiko yang besar bila menjalinkan hubungan dengan U Lan..tapi ini balasan U untuk semua pengorbanan I selama ini. Sampai hati U Lan....sampai hati U..." Mazlinda berlari meninggalkan Zailan yang duduk membatu.

p/s - CP makin merapu mayang kepunden :D

Sunday, August 16, 2009

Pose Maut X Maahad 83-87

Wehhh laaaa... CP tak habeh lagi citer pertemuan dan perjumpaan tadi nih. Kali ni biarkan gambar2 ni yang berbicara...che wahhhh..CP citer lelebih korang tak caya. Sesapa yang nakkan gambo2 nih, leh kontak CP, free jer..


nun yg hujung baju merah purple tu Rizal - muka dia sama je mcm dulu eh

CP, Noli dgn anak dia no2 n Ani (mem Hisham)

sempat gak si Salahudin tu ngorat si Juan

dari kiri Shahrom, Shahrin n Mukhsin

2 Pullet - Azmi n Paez dan yg sorang lagi tu Nor Azzuddin (Daeng)

tak nampak pun keboroian ko tu Rin n ko Sin tetap cool

c Ani tu tengah buat report kat Hisyam la tu

ni le Ketua Kelas kita orang dulu - Salahudin

lauk ko tu tak cukup masin lagi ke Arafat??

hihihi..ni le Hafizah Hamdan (Jott) mangsa 2 Pullet

4 bujang 3 bertukar2 no tel

p/s-hope lps ni lebih ramai lg akan join ;)