Thursday, June 3, 2010

Akhirnya Kita Ditemukan

Hampir 20 tahun kita terputus hubungan, akhirnya dunia siber ini menemukan kita. Aku selalu yakin kita akan bertemu jua, sbb kimia antara kita sgt kuat. Sukar utk dijelaskan kepada sesiapa pun, hanya kau dan aku yg tahu. Selama perpisahan itu, aku tak pernah melupakanmu, tapi yg lebih mengharukan kau masih boleh mengulangi setiap detik dan saat kita bersama. Hmmmm...hampir2 aku terlupa tentang cincin tu..betul2 aku lupa. Kau masih terus menyimpannya....

Mendengar kisah hidupmu, benar2 membuat aku rasa bersalah. Selama perpisahan itu, hidupmu terbelanggu dgn bayanganku. Hampir2 menggadaikan pengajianmu...ahhhhhh...hampir bergenang air mataku mendengar kisahmu. Betapa kejamnya aku saat itu. Maafkan aku .....

Kini kau menemui jalan buntu dlm hubungan perkahwinanmu.....ahhhhh...kau benar2 menyalahkan takdir menghukum hidupmu. Aku simpati ..simpati dgn kisah hidupmu. Namun apakan daya, aku hanya mampu mendengar. Aku akan sedia dan selalu menjadi teman pendengarmu yg setia. Sekurang2nya sedikit semangat dpt aku berikan. Sabarlah teman...hidup tak selalunya kejam. Akan ada bahagian utkmu nanti.

p/s - suci dlm debu

Saturday, January 23, 2010

Bulan Madu Kali Ke2

2009..hmmmm..terlalu banyak peristiwa utk dikenang pada tahun ini. Antara manis dan pahitnya sama banyak. CP tenggelam dalam kegelapan dan akhirnya CP temui sinar cahayanya. Alhamdulillah aku bersyukur padamu ya Allah, kerana masih memberi ruang dan peluang utk aku.

Apa pun yang berlaku pada tahun ini, banyak mengajar CP tentang kasih dan syg, kesetiaan dan kejujuran, pengorbanan dan penghargaan. Tanpa kita sedar, kita sibuk dengan hal2 yang tah apa pun kita tak tahu.

Diam tak diam dah masuk 17 tahun CP mendirikan rumahtangga. Ini merupakan masuk 5 tahun ke4 CP mengharungi alam berumah tangga. CP suka membahagikan alam perkahwinan kepada setiap 5 tahun, kerana setiap peringkat 5 tahun ni, CP dapati hampir semua pasangan melalui fasa yang hampir2 sama. Bersetuju atau tidak, kalau CP katakan tahun ini merupakan tahun yang kritikal jika tidak berhati2. CP namakannya "Tahun Bosan", sbb anak2 dah besar2, kerjaya dah stabil, harta dah ada...apalagi nak cari, semua dah ada depan mata. Ada suami, ada isteri, ada anak2...nampak tenang, bahagia tetapi dasarnya bergelora. Ramai suami mahupun isteri hatinya sunyi, ingin dibelai, dimanja seperti masa baru berumahtangga. Ramai yang tahu, yang sedari perasaan yang ada ini tetapi tak tahu bagaimana nak cari jalan keluar. Takut dikatakan mengada2 oleh pasangan masing2.

CP sendiri melalui fasa ini. Ini adalah hakikat !! dan CP mendapat jawapan kenapa dan mengapa skandal berlaku. Inilah masa yang terbaik pasangan mencari jalan keluar, merendahkan ego masing2, bercakaplah dari hati kehati, mendengarlah dgn hati bukan dgn telinga. Jangan anggap mudah jika anda sayangkan keluarga anda. Dan jika anda dapat melepasi "Tahun Bosan" ini dgn jayanya, anda jgn terperanjat yg anda akan jatuh cinta buat kali ke2 ;-)

p/s - ada kawan CP jatuh cinta buat kali ke2, smpi berenggang pun da tak bole...