Wednesday, August 5, 2009

Skandal I

"Sampai hati u Maz..sampai hati u buat i macam ni..!!! U dah tak sayangkan I dan anak2 kita ke?? U memang dah gila..!!! dah tua tapi tak sedar diri..!!! I setia dengan u Maz...!!! U memang dah gila..!! U kejam..!!! I tak pernah curang..!!! U tau tak i tak pernah curang dengan u..!!!!" Pangggg..!!satu tamparan hebat singgah dipipi gebu Maz. Nasir semakin menggila, menghempaskan segala barang yang ada didepannya, menggigil tubuhnya tak tertahan marah yang ditampung. Maz masih terduduk kaku dihujung kerusi. Anak-anak mereka bertempiaran lari kebilik ketakutan.

"U beritahu i sekarang Maz..sejak bila u ada hubungan dengan jantan sial tu...!!! Cakap..cakap dengan i..!!! sejauh mana hubungan u dengan dia..CAAAKKKAPPPP betina sundal..!!" Marah Nasir terus tak terkawal. Merah padam mukanya yang putih kemerahan itu. Marah bercampur kecewa, hampa bila mendapat tahu isterinya bermain kayu tiga dibelakangnya."Apa kurangnya i..apa yang u cari dari jantan tu..cakap..!!! kenapa u diam". Maz masih terus membatu sambil tersedu-sedu menahan sebak didada. "Aku bagi kau kebebasan, ini balasan kau pada aku...??? pada kesetiaan aku..???!!! Haaaaa.cakappp..caakaappp...aku kata cakap.!!!cakap..!!! bukan suruh kau menangis..!!!" Pannnggg..!!!Satu lagi tamparan dipipi gebu Maz.

"I dah bosan dengan u..u tau tak..i dah BOSAN hidup dengan u..bosan..!!!bosan..!!! u faham tak..i dah PENAT..!!! Akhirnya Mazlinda menjawab. Dia bangun memberanikan diri menjawab. "U pernah peduli sunyi dan sepinya jiwa i???!!..haaaa...pernah u peduli..???!! Pernah u terfikir betapa sunyinya i dibilik seorang diri..???!!! Pernah tak u terfikir i selalu ternanti2 u masuk kebilik memeluk dan membelai i..pernah tak u terfikir itu semua..haaaa..pernah tak..!!!!??? U tak peduli..u memang tak pernah peduli, bagi u i ni mengada-ngada..kan..!!???" Mazlinda melepaskan apa yang terbuku dihatinya selama ini. Nasir terus memekik "hey betina kau tak tau ke aku ni penat..bekerja cari nafkah, untuk siapa..!!!!untuk kau juga..!!!" Hilang sudah "I" "U"nya. "aku ni ada banyak masaalah yang kena fikir..kau apa tau..!!!"

"U tau..selama 10 tahun i cukup sabar dengan kerenah u, i layan u, i jaga u bagai menantang minyak yang penuh..tapi cuba u tengok bagaimana u melayan i..??? Mazlinda bersuara tanpa memperdulikan kemarahan Nasir. Baginya inilah masanya dia melepaskan apa yang menyiksa batinnya itu. "Segala kepahitan dan keperitan penderitaan i pendam, i simpan..setiap kali i perlukan u, bagaikan meminta-minta. Kalau i bising2 barulah dapat dan kalau i diamkan u memang takkan peduli. I ni dahlah menampung nafkah zahir sendiri, nampaknya nafkah batin i kena cari sendiri jugalah" Sindir Mazlinda. Panggg..!!!satu lagi tamparan hinggap ke muka Maz. "Kurang ajar..!!!" jerit Nasir. Maz terdiam, tak mampu berkata2 lagi.

"U takkan faham Sir, u takkan faham kesunyian i..U ada ramai kawan2 untuk u melepak-lepak diluar sana, tapi i dirumah penat melayan kerenah anak2. Bila i nak bermanja2 dengan u..u tak suka..malu dah tua lah, malu dengan anak2 lah. I perlukan u Sir, perlukan u sebagai teman, sebagai kekasih. I ni perempuan Sir, perlukan perhatian, kasih sayang, dipeluk, dibelai, dimanja..kenapa dulu masa bercinta u boleh buat itu semua untuk i..???..kenapa tidak kini..??!! Mazlinda terus bersuara tanpa memperdulikan kemarahan Nasir. "I tak minta apa2 Sir..i cuma minta hak i sebagai isteri...salah ke..??? Selama ni i simpan jauh2 rasa kecewa i dilubuk hati..sebab apa..sebab u tak suka tengok i bermasam muka...!!! Baru2 ni i sewa hotel sempena menyambut hari ulang tahun kita, semata2 untuk membangkitkan kehangatan api asmara...tapi apa yang ada..???..tak ada apa2 peristiwa yang istimewa pun yang berlaku..!!! Malam tu tersedu2 i menangisi kesepian, tapi u langsung tak peduli...sampai hati u Sir...sampai hati u. membiarkan i terus kesepian." Nasir terus keluar dari rumah tanpa memperdulikan sedu-sedan Mazlinda menahan kepiluan.

p/s - Cik Puan pun dah ngantok..tunggulah ke episod seterusnya ;P...gud nite..mimpikan Cik Puan eh..

No comments: